Tuesday, September 8, 2009

Berbuka bersama TT

Anda terus ke Meja No.2 atau Toughlane, kerana TT tidak mengadakan penyambut tamu, nanti disana anda diminta memperkenalkan diri kepada TT dan boleh berkenalan serta borak-borak. Insya Allah anda dilayan dengan baik. Buatlah macam majlis sendiri. TK.

Wednesday, September 2, 2009

Jumputan Berbuka Puasa bersama TT

Dengan segala hormatnya dijemput dan dipersilakan sahabat TT yang selalu mengikuti blog Toughlane dan Rakyat Kelantan hadir kemajlis berbuka puasa anjuran yayasan Tengku Temenggong Kelantan yang akan berlangsung sebagaimana berikut:-

  1. Tarikh: 15Hb. September 2009
  2. Hari: Selasa
  3. Tempat: Tingkat 6, Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Tuan/Puan hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kesediaan untuk hadir supaya pihak Yayasan TT akan dapat menyediakan tempat sebelum 12hb. Sept 2009.

Terima Kasih.

Sunday, August 23, 2009

Bersama tt

  1. Kepada semua yang ingin menyertai bersama tt dalam majlis merainkan anak-anak yatim dalam bulan puasa ini diharap nyatakan nama,alamat dan no telepon untuk urusetia yayasan tt membuat surat jemputan.
  2. Yayasan tt akan mengadakan majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur bersama anak-anak yatim. Tempat akan diberitahu kemudian, tempat adalah terhad. Oleh itu diharap anda semua yang ingin betrsama tt diminta confirmkan kehadiran anda dengan menghantar pengesahan.
  3. Untuk membuat pengesahan bolehlah nyatakan diruangan komentar ini.
  4. Harap maklum, terima kasih.